
Anonymous
5 tahun
Batuk keras dan demam malam
Hi salam sejahtera. Bayi saya berusia 1 tahun 8 bulan. Seminggu ini dia asyik demam malam dan batuk berbunyi keras. Pergi ke klinik doktor informed selsema sahaja. Malam dia sering terjaga kerana tak selesa dan batuk berbunyi seperti kering. Adakah ianya berpunca kepadq sakit lain? Mohon bantuan para doktor. Sekian terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, batuk dan selsema pada malam hari yang terjadi pada bayi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Asma
- Alergi
- Jangkitan kronik paru-paru
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.