Sulit
5 tahun
Batuk Kering dan lain2
Beberapa hari lepas saya mengalami batuk kering yang hanya berlaku ketika saya tidur sahaja then ada juga disusuli dengan muntah and diarhea. badan saya juga kadang2 dalam keadaan suam. Di tempat belajar saya didengarkan ada yang positif covid19, tapi kami tidak tahu siapa yang dijangkiti tersebut. Adakah saya perlu untuk pergi check up untuk memastikan keadaan saya itu sebenarnya disebabkan sakit lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk pertanyaan anda. Saya memahami kebimbangan anda. Berdasarkan simptom batuk dan kemungkinan kontak rapat COVID-19, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala anda boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Gastroesophageal reflux disease
- Keracunan makanan
- Masalah gastrik
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengesahkan masalah sebenar yang sedang anda hadapi.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































