Sulit
5 tahun
Batuk kering dan sesak nafas
Saya berumur 18 thun sbelum ini saya pernah ada masalah semput tetapi tidak berpa teruk. Bermula minggu lepas saya sering batuk2 dan sesak nafas yang ringan shja ttapi berlarutan sehingga hampir seminggu. Adakah itu mungkin berpunca kepada masalah semput saya ataupun ada kaitan dgn simptom covid19
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, gejala batuk kering dan sesak nafas ini boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- asma
- Radang tonsil
- Allergic Rhintis
- pneumonia (jangkitan paru-paru)
- Penyakit Tibi
Berdasarkan gejala yang anda nyatakan, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































