
nameeraaina17
4 tahun
Batuk kering kadang sedikit berkahak dan rasa sesak nafas
saya wanita berusia 21 tahun. bekerja di sebuah farmasi. pada 13 mac saya mengalami tekak kering dan keesokkan hari saya mula batuk2. setelah 3 hari batuk, saya ke klinik kesihatan berikutan wabak yg sedang melanda sekarang. saya jadi bimbang kerana tempat kerja saya merupakan tumpuan org yg tidak sihat jadi saya tidak tahu sama ada mereka positif covid atau mempunyai contact.
17 mac ke klinik kesihatan. hanya diberikan ubat batuk diphendyramine, tapi batuk saya adalah kering, cuma waktu malam saya akan rasa sesak nafas. selepas 4 hari tiada perubahan pada batuk.
saya mengambil ikhtiar meminum air halia bara campur limau nipis dicadangkan bapa saya. kemudian malam itu saya minum lagi ubat batuk sebelum tidur dan saya dapati sesak nafas telah berkurangan. keesokkan hari, batuk semakin reda.
namun pada 28 mac tekak mula berasa gatal dan kering lagi seperti ada kahak, kemudian keesokkan hari batuk semula, masih batuk kering. kadang kala sahaja kahak terasa di kerongkong, saya juga merasa sesak nafas sedikit,
persoalannya, mengapa batuk saya ber ulang dan adakah sesak naafas itu disebabkan kahak yg berkumpul di dada?? terima kasih meluangkan masa membaca dan menjawab.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Radang tonsil
- Jangkitan pada tekak
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.