Sulit
6 tahun
Batuk kuat hingga serak suara
Saya wanita berumur 22 tahun.
Pada mengalami demam pada 15hb tapi untuk sehari sahaja.keesokkanya iaitu hari isnin saya hanya batuk. Tapi batuk saya sabgat kuat sehingga menyebabkan saya sakit tekak dan kehilangan suara. Pada hari selasa batuk saya masih kuat,tetapi sakit tekak dh hilang … suara masih tiada atau serak serak. Pada hari rabu malam sy ambil keputusan untuk ke klinik. Doktor mengatakan saya hanya batuk biasa, kerana cuaca dan kurang minum air. Doktor tersebut memberi saya ubat batuk, ubat sakit tekak dan antibiotics. Pada hari rabu pagi, batuk saya berkurang sedikit dan berkahak.malam khamis batuk makin berkurang kerap tetapi bila tekak saya terasa gatal saya akan jadi batuk kuat hingga kadang kala rasa seperti nak muntah. Adakah saya perlu ke hospital untuk check simptom ? Saya takde sejarah kontak dengan positif covid. Setiap hari saya menaiki train untuk ke tempat kerja.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Sebelum anda ke hospital bagi mendapatkan ujian saringan COVID-19, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah untuk mengurangkan kesesakan di hospital.
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan anda untuk mengawasi gejala anda serta melakukan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































