
Sulit
5 tahun
Batuk melebihi sebulan
Hi Doktor…Saya mengalami batuk yang sudah melebihi sebulan…saya ada pergi klinik dan doktor telah memberi ubat batuk dan antibiotik…tapi masih tidak baik…kemudian saya ada melakukan xray dan keputusan normal…dan kahak saya juga telah diambil untuk diperiksa…dan belum tahu lagi keputusan.Apa yang merisaukan batuk saya teralu lama…apakah rawatan lain yang perlu saya lakukan?Saya berasa tidak selesa untuk melakukan kerja harian kerana kerap batuk dan rasa penat lesu…Diharap doktor dapat memberi sedikit nasihat dan pendapat…Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah batuk boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia (Jangkitan paru-paru)
- Penyakit tibi
- COPD
- Tersedak objek asing yang juga sering berlaku di kalangan pesakit yang telah berusia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.