Sulit
5 tahun
Batuk mulai ahad sehingga hari ini semakin teruk tetapi tiada demam setakat hari ini
Anak saya menghadiri ceramah di masjid bandar enstek pada 12mac. Dimana pada 11mac 2jemaah tabligh yg positif covid telah hadir. Anak sy mengalami batuk mulai hari ahad sehingga harini. Perlu ke saya membawa anak saya utk saringan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda memandangkan kita sedang mengalami wabak coronavirus.
Memandangkan anak anda mengalami batuk, anak anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anak anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anak anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Ujian COVID-19 akan dilakukan untuk mereka yang berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19. Oleh kerana anak anda tiada kontak rapat dengan sesiapa yang positif untuk COVID-19, ini mungkin disebabkan oleh penyakit lain.
Menurut WHO, simptom-simptom jangkitan COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Simptom yang anak anda alami ini boleh juga disebabkan sakit berikut:
- Jangkitan virus atau bakteria yang lain
- Radang tekak
- Asma
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































