
Sulit
5 tahun
Batuk phlegm warna kuning
Usia 32, perempuan, mengalami sakit tekak utk 3-4 hari, sekarang batuk utk 3-4 hari sudah. Batuk sudah kurang tapi ada phlegm warna kuning. Apa yang patut di buat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah batuk berkahak ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Paru-paru sempit
- Jangkitan paru-paru seperti tuberkulosis
- Penumonia
- Bronchiectasis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.