Sulit
5 tahun
Batuk - potensi covid-19?
Salam Sejahtera,
Ada penduduk di kampung saya positif covid-19. Jumaat lepas saya solat jumaat di sebelah anak penduduk yang positif covid-19 ini. Apa yg saya tau anaknya tidak duduk sekali tetapi tidak tahu samada anaknya ada melawat bapanya. Sekarang saya mengalami batuk. Tidak sakit tekak, selsema mahupon demam. Adakah saya berpotensi dijangkiti covid-19. Bolehkan saya pergi ke kerja atau perlu diquarantine, kerana dlm masa 2 minggu ini, kilang saya dlm industri elektronik perlu hadir berkerja.
Harap mendapat maklumbalas dari doktor. tq.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Berdasarkan penjelasan anda, cuma ayahnya yang positif untuk COVID-19. Simptom batuk tidak spesifik untuk COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































