
ieta.rosli
6 tahun
Batuk sakit belakang badan
saya wanita 30an, mengalami batuk yang teruk, tak boleh tidur malam, selama seminggu lebih. saya dah check beberapa klinik dan klinik yg ke 4 doktor beri antibiotik & ubat cair kahak. doktor cakap mungkin saya kena bronkitis.
sekarang batuk saya yang teruk tu dah hilang. cuma ada batuk yang sikit2 untuk keluar kahak.
malasah sekarang setiap kali saya batuk/bersin/tarik nafas belakang badan saya sebelah kanan, bawah dada sebelah kenan terasa sakit/perit. dah 2 hari. hari ke3 bertambah sakit bila tarik nafas sampai saya jalan sedikit bongkok sebab tak tahan sakit.
apa perlu saya buat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini antaranya ialah:
- Serangan jantung / sakit jantung
- Angina - terjadi apabila saluran darah ke jantung menyempit kerana pengumpulan plak kolesterol dan lemak
- Pedih ulu hati - Ini merupakan tanda Gastrooesophageal Reflux Disease (GERD) di mana kandungan perut yang berasid naik ke dalam esophagus
- Jangkitan paru paru
Dan sebagainya
Batuk yang berpanjangan turut boleh menjadi punca sakit dada yang anda hadapi. Namun begitu kemungkinan punca lain tidak boleh dipandang ringan.Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor jika masalah ini berterusan. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.