
Sulit
4 tahun
Batuk, sakit kepala dan sakit dada beserta kebas tangan kiri
Saya wanita berumur 27 tahun. Saya pernah disahkan positif covid dan telah menjalani tempoh inkubasi yang telah tamat pada 14 jan 21. Pada 22hb jan 21, saya mula sakit kepala dan batuk, 23 jan beserta rasa sakit pada dada dan kebas pada tangan kiri hingga hari ini 24jan. Apa tindakan susulan yang perlu saya lakukan dan apakah jangkitan dari simptom yang saya alami sekarang?
Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, apabila pesakit mengadu tentang masalah sakit dada, ianya boleh merujuk kepada masalah jantung, otot sekitar dada, paru-paru ataupun masalah pada perut. Tetapi, jikalau anda mengalami sakit dada yang beserta dengan gejala kebas di sekitar bahu, leher dan tangan, serta perasaan ingin pitam, ianya boleh merujuk kepada masalah serangan jantung. Anda disarankan untuk ke klinik atau hospital berdekatan untuk melakukan pemeriksaan pada jantung anda.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi