
Sulit
4 tahun
Batuk & sakit tekak simptom covid 19
Saya dah buat swab test covid - 19…keputusan saya negative…tetapi dalam app mysejahtera saya masih lg suspek kes… Knp jd cm tu yer doktor?boleh bantu saya nk atasi masalah ni?apa ptt saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Umum mengetahui, wabak COVID-19 masih belum berakhir, justeru kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Jika hasil ujian saringan COVID-19 anda adalah negatif, dan anda tidak memiliki sebarang gejala jangkitan, ia bermakna anda tidak dijangkiti virus tersebut. Anda tidak perlu risau akan perkara sedemikian. Namun, kami kurang pasti akan rekod di dalam aplikasi seperti yang anda perihalkan. Anda boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) untuk pendapat/ info selanjutnya.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini