
khodijahmuhdnazri
5 tahun
Batuk,sakit tekak,terkadang semput dan panas badan
Saya wanita berusia 23 tahun.Sejak kelmarin,saya mula batuk,sedikit sakit tekak dan agak semput.Hari ni saya semak suhu badan saya sekitar 37.5.Apa patut saya lakukan?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, terdapat pelbagai masalah kepada gejala batuk seperti:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Mengikut bacaan suhu badan anda, anda tidak mengalami demam kerana suhu badan yang normal adalah sekitar 36.5 ke 37.5 darjah selsius. Anda boleh meningkatkan jumlah air dalam badan dengan minum air dengan cukup serta mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti mengurangkan pengambilan makanan berminyak dan melakukan senaman.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.