
Sulit
4 tahun
Batuk sederhana sejak neberapa hari yg lalu
Saya wanita berusia 20tahun dan saya mengalami batuk yg sederhana dan keputusan swab adalah negatif. Adakah saya berisiko untuk mbdapatkan jangkitan? Dan adakah risiko jangkitan adalah tinggi walaupun tidak ada kontak rapat dengan oesakit covid19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda berisiko untuk mendapatkan jangkitan sekiranya anda mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 atau pernah ke luar legara atau ke tempat-tempat zon merah.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala batuk boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini