
Sulit
5 tahun
Batuk selesema dan demam
Saya deman batuk dan selesema… jadi saya ada makan ubat batuk… adakah ubat batuk itu memberi kesan tehadap urine test saya dlm masa 12jam. sbb saya nak naik offshore…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat tambahan diperlukan mengenai nama ubat batuk yang anda terima serta ujian air kencing yang akan dilakukan samada ianya ujian dadah atau ujian jangkitan kuman. Mengenai ubat batuk pula, terdapat ubat batuk yang mengadungi kodein yang boleh menyebabkan mengantuk dan berkemungkinan dapat dikesan melalui ujian darah jika lebih dos. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.