
nurafiqahyasin
5 tahun
Batuk, selesema, tekak gatal2 dan kepala yang sedikit pening
Saya sudah selesema selama 2 hari, batuk sejak pagi tadi dan semakin teruk sehinggan tekak saya sakit dan telak yang gatal2. Saya sudah pergi ke klinik berdekatan dan mereka kata peparu saya dlm keadaan yang baik. Namun ada satu post yang mengganggu saya sejak tadi. Mereka kata virus covid 19 akan berada di tekak selama 4 hari. Betul ke doktor. Selain itu apa yang perlu saya buat? Oh ya btw shingus saya berwarna putih dan tiada kahak apabila saya batuk

5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Sekiranya anda mempunyai kontak rapat dengan sesiapa yang positif untuk COVID-19, anda digalakkan untuk membuat ujian saringan di mana-mana hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19).
Namun sekiranya tiada kontak rapat, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala demam dan sakit tekak ini boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Radang tonsil
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- Allergic Rhintis
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini