Sulit
6 tahun
Batuk seminggu walau habis antibiotik
Hi, saya wanita berumur 29tahun. Saya demam dan sakit tekak pada 9 march. Sihat kembali pada 10 march. Pada 12 march saya saya mula batuk2 dan selsema. Saya sudah ke klinik dah doctor sudah memberi ubat antibiotik dan ubat batuk untuk 3 hari. Habis semua ubat, saya masih batuk hingga hari ini dan sudah ke klinik sekali lagi. Doctor lain memberi saya ubat dose yg lebih kuat. Saya ke Jepun pada bulan lepas dan balik pada 6hb Februari 2020.adakah saya hanya sakit biasa?
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda memandangkan kita sedang mengalami wabak coronavirus.
Memandangkan anda mengalami batuk berpanjangan dan mempunyai sejarah perjalanan ke Jepun, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Di hospital kerajaan, ujian in hanya akan dijalankan ke atas mereka yang berisiko tinggi.
Untuk makluman anda, selain COVID-19, batuk berpanjangan juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain seperti:
- jangkitan common flu
- radang tonsil
- penyakit Tibi
- jangkitan paru-paru
- COPD
- asma
Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































