
Sulit
5 tahun
Batuk semput . Adakah sy mempunyai masalah kesihatan yg teruk ? Sy selalu kerap batuk2 dan terasa susah bernafas
Hai doc . Saya nak tanya . Kenapa ye bila saya buat kerja lasak , mengemas rumah , mengangkat barang berat selepas itu saya batuk2 dan terasa semput . Susah untuk bernafas . Sejak saya berumur 18 pernah datang ke hosp dengan simptom yg sama tapi hosp hnya bgi sy sedut oksigen dan ubat sahaja . Tapi sy sebelum ni mmg takde masalah semput . Sy cuma ada talesmia sahaja . Talesmia minor . Adakah sy punyai masalah kesihatan ?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sesak nafas yang anda alami boleh juga disebabkan oleh masalah talasemia yang anda hadapi. Ia juga boleh disebabkan oleh:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.