
Anonymous
5 tahun
Batuk sudah hampir sebulan
Saya hamil 29 minggu… sy mula batuk 1/7/2019 sampai sekarang batuk masih ada…kahak cair dan berwarna putih… doktor kk ade bagi nilco syrup tapi hanya makan 3 hari… sy makan tetapi masih batuk selepas 3 hari… Doktor swasta pula cakap sy allergy cough…tekak tak bengkak dan tak sakit… tp batuk masih ada… apa perlu sy buat…? Sy jadi stress sbb asyik batuk sampai terkencing2 setiap kali batuk…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Alahan - pada debu, asap
- Asma
- Hingus dari hidung - “post-nasal drip”
- Asid refluks (gastrik) - asid boleh masuk ke saluran udara menyebabkan keradangan saluran udara dan batuk
- Jangkitan virus dalam saluran udara
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.