
Sulit
5 tahun
Batuk sudah lama kena pergi check covid-19 ke tidak?
saya perempuan berumur 19.saya sudah batuk seminggu macam tu sudah pakai banyak ubat batuk tetapi masih lagi rasa nak batuk dan gatal tekak.saya pergi kerja melalui bus jadi saya tak tau dalam bus tu ada orang yang sudah kena covid-19 ke tidak.lagi semalam saya ada buat senaman yang kurus kan diri kat rumah jadi sakit otot itu biasa ke tidak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Seperti yang anda sedia maklum, gejala batuk tidak spesifik untuk COVID-19. Oleh itu, kesimpulan bahawa ini adalah jangkitan COVID-19 tidak dapat dilakukan berdasarkan simptom sahaja. Anak anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain COVID-19, gejala batuk boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Untuk masalah anda pula, sakit otot selepas bersenam ialah normal. Sakit ini akan beransur pulih.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini