
minelosanimadasamy
5 tahun
Batuk tak berhenti selama 2 minggu
Saya mengalami batuk and selsema yang berterusan melebihi 2 minggu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, batuk berpanjangan boleh disebabkan oleh:
- Tekak kering akibat sering berada di dalam bilik yang sejuk dan kering seperti berkerja di dalam ruangan berhawa dingin
- Penyakit tibi
- Alahan terhadap kandungan produk makanan atau minuman
- Masalah asid refluks
- Terdedah dengan persekitaran berhabuk atau asap
- Penyakit asma
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.