
cikmangga18
5 tahun
Batuk terlalu lama, melebihi 2 minggu
Saya mengalamai batuk pada setiap malam dan apabila sejuk juga saya akan mengalami batuk. Selain batuk, sye mengalami kesukaran bernafas semasa batuk, ruang pernafasan terasa sempit. Saya juga akan mengalami selsema. Keluarga saya juga iaitu ayah dan adik saya mempunyai asma. Adakah saya juga mempunyai asma atau sebaliknya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit Asma- Serangan asma terjadi apabila etrdedah kepada pencetus asma seperti bulu, debu, angin sejuk atau debunga.
- Anemia - kurang darah merah
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.