
yayanurdaya08
5 tahun
Batuk yang kerap serta sakit bahagian perut
Saya lelaki berumur 23 tahun … saya mengalami situasi di mana apabila saya batuk , bahagian perut saya terasa sakit ? Apa yang perlu saya buat doktor ??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit perut yang timbul atau bertambah sewaktu batuk boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat tekanan daripada mekanisme batuk
- Appendisitis kronik iaitu keradangan appendiks
- Keradangan pundi hempedu
Memandangkan keluhan batuk sendiri dapat timbul akibat masalah kesihatan lain, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah batuk serta sakit perut anda. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.