Sulit
6 tahun
Batul lama belum pulih dan demam secara “on/off”
saya pernah bercuti ke hatyai thailand pada bulan january, dan mula mengalami batuk dan deman pada bulan february. sehingga kini batuk saya masih belum pulih dan demam secara
“on/off” . perlu ke saya menjalani saringan covid-19?
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda memandangkan kita sedang mengalami wabak coronavirus.
Memandangkan anda mengalami batuk berpanjangan dan demam, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Di hospital kerajaan, ujian in hanya akan dijalankan ke atas mereka yang berisiko tinggi.
Untuk makluman anda, selain COVID-19, demam berpanjangan juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain seperti:
- demam denggi
- keradangan
- jangkitan paru-paru
- COPD
- asma
Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































