dhiaazura
6 tahun
Bawah payudara kerap tegang
Saya berumur 39 tahun telah berkahwin. Bawah payudara kadang-kadang berasa sakit dan tegang. Kadang-kadang dia berlaku waktu saya ketawa kuat, terlalu lama duduk, saya mengambil barang yg x kira samada sy ambil brg ditempat tinggi @ rendah. Saya harap doktor dapat memberi pandangan mengenai situasi yang saya alami? Perlukah saya berjumpa doktor? Adakah itu t
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kerisauan puan berkenaan masalah yang puan hadapi. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan sakit dan rasa tegang pada kawasan yang puan nyatakan. Masalah ini boleh disebabkan:
- Masalah kulit seperti luka atau melepuh di bahagian bawah payudara
- Masalah otot pada kawasan tersebut
- Terdapat gangguan pada saraf di kawasan tersebut
- Masalah berkaitan tulang dada
Untuk mengetahui punca masalah yang puan hadapi, kami memerlukan maklumat lanjut dan biasanya pemeriksaan perlu dibuat untuk melihat kawasan yang terlibat. Oleh itu, puan disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh berjumpa doktor di klinik atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
































