Sulit
4 tahun
Bayar rm5 untuk dapatkan jawapan dalam masa 1jam tetapi tidak ada sebarang jawapan diterima daripada doktor
Selamat pagi, malam tadi saya memilih untuk chat with doctor dengan membuat bayaran rm5. Tempoh masa untuk chat selama 1jam, tetapi tiada sebarang jawapan diterima sehingga chat expired. Saya cuma nak tanya adakah scaboma dan ascabs iaitu lotion untuk kudis buta boleh digunakan berulang lebih satu kali setiap hari berturut2? Tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang dituju.
Pertama sekali, kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang anda hadapi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang pertanyaan anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, cara penggunaan ubat-ubatan sapuan perlu mengikut rekomendasi daripada doktor yang ditentukan berdasarkan keadaan kulit dan kondisi kesihatan seorang pesakit itu tersendiri.
Namun, secara umum, ascabs lotion yang mengandungi permethrin adalah dianjurkan untuk merawat penyakit kudis buta. Losyen ini dianjurkan untuk dipakai tidak melebihi sekali sehari bagi mencegah sebarang iritasi pada kulit. Cara menggunakannya adalah:
- Sapu ubat ke seluruh badan termasuk kulit kepala, leher dan belakang telinga. Beri perhatian terhadap celah-celah jari kaki dan tangan dan di bahagian hujung kuku. Penggunaan berus kecil boleh membantu menyapu losyen ini.
- Bersihkan selepas 24 jam.
- Permethrin sepatutnya disapu sebanyak dua kali, dengan jarak selama satu minggu di antara rawatan.
- Ubat perlu disapu semula jika tangan dibasuh sebelum cukup 24 jam.
** Tidak boleh digunakan terhadap bayi berusia kurang dari 2 bulan.
Langkah berjaga-jaga
- Elakkan ubat dari terkena mata.
- Jangan disapu ke atas kulit yang luka atau dijangkiti kuman.
- Dapatkan bantuan perubatan untuk bayi berusia 2 bulan hingga 2 tahun.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Selain itu, berkenaan dengan losyen scaboma, ianya mengandungi lindane yang juga boleh merawat masalah kudis buta. Cara menggunakannya adalah:
- Sapukan satu lapisan nipis losyen dan urut supaya losyen menyerap dengan baik ke seluruh badan iaitu dari leher hingga jari kaki. Biarkan selama 8 hingga 24 jam.
- Mandi dan bersihkan ubat selepas jangkamasa tersebut.
Akan tetapi, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih


































