
eiraa_ahmad93
5 tahun
Bayi 1 tahun 4 bulan sering jatuh ketika berjalan
Assalammualaikum and hai doctors. Anak sy berumur 1 tahun 4 bulan, perempuan. Baru baru ni dia mengalami demam on off selama 4-5 hari. Setelah baik demam, sy dan keluarga perasan ketika dia berjalan, dia kerap terjatuh seolah olah kaki dia lemah. Kalau nk bangun dr duduk pun begitu. Actually, dah 2 mggu sy hantar taska n berat badan dia turun. Adakah itu juga salah satu faktor? Help me doctors!

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
*Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan virus influenza
- jangkitan pada selaput meninges di otak
- jangkitan kuman
- normal jika anak anda baru sahaja berjalan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.