
zueumie79
5 tahun
Bayi 10 bulan batuk berkahak dan nafas berbunyi
Anak sy telah menerima rawatan sedut gas utk cairkan kahak 2 kali.tapi nafasnya masih berbunyi

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan paru-paru oleh virus atau bakteria eg: Bronchiolitis
- Asma
Anda perlu memerhatikan keadaan anak anda. Jika pernafasan bertambah cepat, dan bunyi semakin kuat, anda perlu segeranya membawa anak anda ke klinik yang berhampiran, dan mereka akan membuat sedaya upaya untuk merawat anak anda.
Untuk maklumat yang lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.