
aszmalina
5 tahun
Bayi 10 bulan batuk dan selsema
Anak saya bayi 10 bulan (berat 9.6kg) mengalami batuk selsema. Kadangkala dia bersin utk beberapa kali.Boleh kah saya memberinya adezio cetirizine kepadanya? Berapakah dose yg sesuai

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, ubat Cetrizine merupakan Anti-Histamine yang digunakan untuk merawat beberapa kondisi kesihatan seperti:
- Alahan
- Selsema
- Kegatalan ataupun urticaria
Meskipun ubat ini boleh didapati di farmasi, namun anda masih perlu untuk mendapatkan khidmat doktor bagi mengesahkan sakit serta dos ubat yang mana bergantung kepada keadaan pesakit.
Untuk info tambahan, anda boleh klik pada link(DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian sekiranya puan ingin mengetahui lebih lanjut tentang perancang keluarga lain. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.