
Sulit
4 tahun
Bayi 15bulan demam panas hampir 2minggu, asyik meragam, tak lena tidur, taknak makan & minum susu
Bayi 1tahun 3bulan demam panas hampir 2minggu. Dah check di hospital, bukan demam denggi sebab ada naik bintik2 merah di badan. Dalam proses monitoring di rumah dengan ubat demam, selsema dan antibiotik. Cumanya, lepas checkup di hospital, baby meragam teruk, tiada selera makan, taknak makan & minum susu. Sudahnya, meragam tapi tak tahu baby nak apa, mungkin lapar. Boleh advice macam mana nak hadapi situasi ini? Sebagai mak, of course susah hati anak taknak makan minum, tak lena tidur. Paksa makan minum pon tak jalan, dimuntahkan nya balik. Mohon pandangan doc. Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Untuk pengetahuan anda, demam lazimnya dikaitkan dengan jangkitan kuman, samada ianya disebabkan virus, bakteria atau parasit. Selain itu, demam yang berulang juga boleh berpunca dari penyakit tubuh yang lebih serius sehingga memerlukan pemeriksaan yang lebih lanjut di hospital atau klinik. Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor sekiranya terdapat gejala penyerta seperti:
- gejala berterusan
- lemah lesu badan sehingga anak malas minum dan makan
- berak cair yang berterusan atau terdapat perubahan warna
- kerap menangis
- kejang tubuh
- muntah
Tambahan lagi, terkait maslah pemakanan si kecil, umumnya kanak-kanak di peringkat toddler (umur 1-4 tahun) lazimnya mempunyai perubahan dalam membentuk peribadi masing-masing. Justeru ibu bapa perlu lebih cekap dalam mengenali kemahuan dan minat mereka menerusi peringkat usia ini. Secara teori, tumbesaran toddler tidak sederas ketika di peringkat bayi, justeru kadar pemakanannya berkemungkinan tidak sekerap dahulu. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa kondisi yang boleh mengganggu selera makan si bayi yang perlu ditanggani bagi memastikan bayi anda kekal sihat dan membesar dengan baik. Antaranya termasuk:
- Kanak-kanak masih belum dapat menyesuaikan dengan perubahan pola dan konsistensi pemakanan
- Bosan dengan makanan yang sama atau makanan yang tidak disukainya
Atau ia juga boleh menandakan
- Kondisi pertumbuhan gigi yang lebih deras
- Tanda-tanda gangguan saluran pencernaan
- Kelainan tubuh yang lain memerlukan perhatian si ibu dan doktor pakar
Justeru itu, anda disarankan untuk meneruskan sesi temu janji denagn doktor pakar anda bagi mendapatkan nasihat yang lebih terfokus dan berkesinambungan terhadap pembesaran anak anda. Segera berjumpa doktor sekiranya gejala tersebut bertambah sering atau parah
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.