Sulit
3 tahun
Bayi 23 hari sembelit
Hi doktor.
Saya ada soalan nak tanya mengenai bayi saya.
Beliau berusia 23 hari. Saya berikan susu fm dan susu ibu. Sejak dari hari ke 4 beliau disusukan dgn susu dutch baby dan susu ibu. Najis beliau ok. Sejak minggu lepas saya stop berikan susu ibu. Fully susu fm. Dan saya perasan bayi saya mcm sembelit. Beliau hanya membuang sekali sehari. Dan najis tidak lembut. Bayi aktif macam biasa. Ada biji di bahagian pipi kedua duanya. Dan makim banyak setiap hari. Biji seakan jerawat. 3 hari lepas bayi membuang dan saya perasan ada sedikit darah pada najis. Diikuti dgn cairan selepas ketulan najis. Sejak pada itu saya mula memberikan susu ibu campur fm. Sejak itu bayi kerap kembung perut. Semalam bayi membuang dengan banyak nya najis cairan seperti cirit birit. Tapi masih hanya sekali sehari. Saya khuatir dengan keadaan bayi. Apa perlu saya lakukan. Kepala bayi juga kerap panas. Hnya dibahagian kepala. Bayi kerap menangis.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Pertama sekali, berdasarkan jalan cerita anda, kami tidak dapat merungkai punca sebenar perubahan dan kondisi yang dialami oleh bayi anda. Justeru lebih baik kita tidak melakukan sesuatu tindakan dan keputusan secara melulu sebelum mendapatkan bantuan secara langsung daripada doktor, lebih baik lagi dari doktor pakar kanak-kanak.
Namun, secara umumnya kondisi bayi boleh dikaitkan dengan:
- jangkitan kuman pada saluran pencernaan
- inflamasi/irirtasi/luka pada kawasan dubur
- alergi atau alahan makanan atau susu
- gangguan enzim tubuh (jarang)
- penyakit lain di saluran pencernaan
Anda sangat digalakkan untuk bertemu dengan doktor secepatnya. Di samping itu, anda harus memastikan bahawa bayi anda terhidrasi secukupnya.
Anda masih boleh meneruskan breast feeding walaupun bayi demam. Tambahan lagi, anak bayi sangat digalakkan untuk mendapat susu ibu sehingga umur 6 bulan, ini adalah kerana khasiat yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat dibandingkan dengan zat-zat dari mana-mana susu tepung.
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.