
Sulit
4 tahun
Bayi 3bulan susah buang air besar
Bayi saya berusia 3bulan, sebelum ni buang air besar normal sahaja. Setiap hari mesti buang air besar. Sekarang dah kurang dan saya tengok dia akan meneran seperti hendak buang air besar. Meneran dan menangis. Saya pernah stimulate bayi untuk buang air besar, najis dia berwarna kuning mustard dan cair seperti cirit. Sekarang dah 2 hari bayi saya tidak membuang dan asyik meneran, menangis.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Kekurangan makanan atau susu
- Masalah sembelit
- Masalah usus tersumbat atau bowel obstruction
- Cystic fibrosis
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera kerana anak anda sering menangis dan bagi mengelakkan komplikasi atau masalah yang lebih serius terjadi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.