
Sulit
4 tahun
Bayi 4 bulan cirit birit
Bagi saya masuk 4 bulan menyusu susu formula sepenuhnya. Genap 4 bulan tiba2 cirit birit. Sudah semnggu sehingga melecet tepi lubang punggung.Doktor beri smecta dan ubat krim. Cirit birit semakin beransur pulih namun luka seperti ulser di tepi punggung merisaukan saya. Apa patut sy buat kerana dia nmpk seperti dlm kesakitan . Luka seolah ditoreh

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Kami ambil maklum bahawa masalah ini berlaku disebabkan oleh kerap membuang air besar. Selain itu, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- buasir
- anal fistula
- anal fissure
- radang pada rectum (proctitis)
Luka seakan-akan sembuh dengan sendirinya namun jika ia menyebabkan anak anda menangis atau kurang selera makan, anda haruslah membawa ke hospital untuk rawatan
Untuk menjawab kemusykilan yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.