
Sulit
4 tahun
Bayi 4 bulan kurang menyusu, batuk berkahak, bersin dan muntah susu
Bayi saya usia 4 bulan lebih… sejak masuk usia 3.5 bulan, dia mula kurang menyusu, dan buang air besar 2 hingga 3 hari sekali. Kadang2 menagis bila nk buang air besar. 3 hari lepas dia mula bersin dan batuk kering. Kemudian mula muntah. Sehari sekali atau 2 kali. Semalam mula batuk berkahak. Saya sudah buat rawatan sedut kahak hari ini, tapi masih sama. Hari ini 2 kali dia muntah susu masa saya cuba sendawakan dia (batuk hingga termuntah). Dh lah kurang menyusu,cmuntah pula… kenapa ya doc. Btw,csy juga tukar susu bermula 2 hari lepas dari enfalac A ke S26 gold… nmpk dia buang air besar sehari 2 kali… tp tu lah, stillckurang minum (kurang 20oz dlm 24 jam) dan muntah2 pula

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan usus
- Tahi yang keras
- Jangkitan saluran pernafasan
- Bronkiolitis
Perkara ini memerlukan perhatian anda dan doktor dengan segera. Kami sarankan anda membawa anak anda berjumpa dengan doktor di hospital atau klinik berhampiran untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Usah berlengah dan sekiranya anda mendapat anak anda menunjukkan gejala ini, sila pergi ke klinik atau hospital berdekatan dengan segera:
- Menangis yang sukar dipujuk
- Bernafas dengan laju
- Demam
- Batuk berkahak
- Muntah
- Lesu dan kurang aktif
- Kurang menyusu
- Kulit kering
- Mata tenggelam
- Kurang kencing atau menukar lampin
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.