Sulit
3 tahun
Bayi 4 Bulan Tidak Berak 4 Hari
Bayi saya berusia 4bulan,minum susu formula, campur dengan susu ibu. Bayi tidak berak dah empat hari. Adakah itu normal atau tidak normal untuk bayi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah bayi tidak berak boleh disebabkan oleh:
- Pemakanan bijiran nasi
- Minuman susu lembu
- Pemakanan kurang serat
- Masalah pada organ sistem pencernaan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut seperti umur bayi, gejala lain dan sebagainya adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.