
Sulit
4 tahun
Bayi 4 bulan tidak buang air besar seminggu
Hi Doctor. Saya nak minta pendapat, baby saya nak masuk 4 bulan. Active and suka main. Susu pun so far okay. Tapi dia dah seminggu tak berak. Fully fm, saya dah 4 kali tukar susu still sama, senaman cycling pun hari2 saya buat. But still, baby still taknak berak. Should I take him to clinic? Minta pendapat ya, kalau saya perlu tukar susu lgi. Any suggestion tak? Thanks in advance.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anak anda hadapi iaitu tidak membuang air besar seminggu. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada beberapa perkara, antaranya:
- penyusuan tidak mencukupi
- penukaran jenis susu formula
- sembelit
- masalah pada usus seperti usus berbelit
- masalah pada perut
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Oleh kerana bayi anda tidak membuang air besar dalam masa yang agak lama, saya menyarankan anda membawanya berjumpa dengan doktor dengan segera jika dia tidak aktif, menangis dengan kuat, kurang menyusu, tidak kentut sama sekali.
Untuk mengetahui rawatan yang sesuai untuk mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.