Sulit
2 tahun
Bayi 4bulan jatuh buaian
Doktor…anak saya baru 4 bulan,dia terjatuh dri buaian…lepas dia jatuh saya terus angkat n peluk utk tenangkan dia…saya bg susu badan,lepas tu dia berhenti menangis…sya pantau keadaan dia lepas jatuh,kepala dia xdak bengkak,kaki dan tangan dia semua bergerak aktif…xda muntah2…so, perlu ke saya bawa dia utk ct scan?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kekhuatrian anda berikutan peristwa anak anda terjatuh dari buaian tempoh hari. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya CT scan atau imbasan CT (Computed Tomography) adalah sebuah pemeriksaan yang di lakukan sekiranya terdapat tanda-tanda atau dicurigai terdapat kecederaan pada bahagian dalam/anggota tubuh atau kepala.
Oleh itu, anda disyorkan untuk merujuk ke klinik atau hospital yang berdekatan agar penilaian lanjut boleh diberikan kepada anak anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.