
Sulit
3 tahun
Bayi 6 bulan 15 hari cirit birit
Hi Dr. anak saya cirit birit hampir 3 minggu on off dan sekarang makin kerap walaupun saya bagi smecta dan oral masih cirit birit dan saya fikir dia salah makan dan saya disarankan oleh dr tidak memberikan makanan baru dan saya ikut kemudian masih cirit saya pun tukar susu anmum langkah 2 masih crit dan sekarang saya tukar susu dupro masih juga cirit dan mohon bantuan Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anak anda mengalami tersebut, cirit birit hampir 3 minggu boleh disebab oleh beberapa perkara, conthnya:
- Intoleransi laktosa (boleh cuba tukar susu berasas soya)
- Alahan makanan
- Sindrom iritasi usus
- Jangkitan usus
- Masalah radang usus
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anak anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Kanak-kanak kami.