
sitinazatul92
5 tahun
Bayi 6 bulan tidak mahu susu
Hai doktor, bayi 6 bulan boleh ke minum susu berperisa seperti coklat, vanila. Dan adakah susu berperisa ini dijual untuk bayi berumur 6 bulan? Bayi saya sangat2 susah menyusu. Hanya akan minum susu apabila tidur sahaja. Dah bermacam cara n susu yang saya cuba, semua sama. Saya risau anak saya tak cukup zat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, scott emulsion hanya boleh diberikan pada kanak-kanak satu tahun ke atas. Pada awal diberi solid, kanak-kanak kebiasaannya mengambil masa untuk selesa dengan makan.
Bagi meningkatkan selera kanak-kanak, anda disarankan:
- menggalakkan sarapan pada kanak-kanak
- galakkan pengambilan makanan yang tinggi iron kerana iron yang rendah akan menyebabkan kurang selera makan
- galakkan mereka makan setiap 2 jam. belikan makanan bayi seperti biskut.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang perisa susu di farmasi berdekatan kerana mereka lebih mengetahui tentang maklumat tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.