
Sulit
4 tahun
Bayi 7 bulan termakan puntung rokok dalam bekas abu rokok
Bagaimana ye doktor…bantu saya apa perlu saya buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kandungan rokok adalah beracun jika dimakan.
Saya sarankan untuk anda mengawasi gejala tersebut yang merujuk kepada keracunan nikotik dalam anak anda. Kebiasaanya simptom ini akan mula nampak selepas 1 jam sekiranya anak anda benar-benar keracunan. Antaranya:
- Muntah
- Cirit-birit
- Pening kepala
- Sakit kepala
Memandangkan anak anda masih kecil, dia mungkin akan menunjukkan gejala meragam yang sukar untuk dipujuk sekiranya dia mengalami sakit atau kurang selesa. Sekiranya dia menunjukkan gejala seperti berikut sila bawa anak anda ke hospital dengan kadar segera.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk pemeriksaan lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.