
Sulit
4 tahun
Bayi 8 bulan selsema dan batuk
Selamat pagi dan salam sejahtera Dr…Dr bayi saya berusia 8 bulan mengalami selsema dan batuk dah 2hari…perlukah saya membawa bayi saya ke hospital…saya sangat risau akan kesihatan bayi saya kerana bayi saya bayi pramatang semasa lahir dan menghadapi banyak komplikasi semasa lahir…adakah selsema ni berbahaya kepada bayi saya.mohon pandangan dr.terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan terhadap si kecil mempunyai sejarah kelahiran pramatang dan komplikasi kelahiran, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan bayi anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang kesihatan kanak-kanak.
Lazimnya kondisi si kecil boleh dikaitkan dengan
- jangkitan kuman
- tanda-tanda komplikasi kelahiran pramatang
- alahan dari kawasan persekitaran
- gangguan lain yang memerlukan rawatan doktor
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.