
norsuryani1988
5 tahun
Bayi 9 bulan setengah berak berdarah selepas seminggu cirit birit teruk
Ank saya berusia 9bulan setengah. Pagi ini banyak sangat dia berak & saya ternampak ada darah semasa meneliti najisnya. Ini kerana anak saya ada mengalami cirit birit teruk & baru je berhenti semalam. Samalm berak 4 kali sahaj berbanfing berbelas kali selepas 3 hari consume smecta. Tengah hari ini, anak saua berak sikit sangat yang berwarna hijau tapi ada darah yang nak ke maroon kehitaman. Apakah saya perlu lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah anda.
Berak cair dalam kalangan bayi kadang-kadang adalah perkara biasa. Namun sebagai ibu-bapa, anda harus perhatikan gejala cirit-birit yang lain. Ini termasuk muntah-muntah, demam, dan kadang-kadang darah atau lendir dalam najis bayi anda
Cirit-birit boleh disebabkan oleh:
- alergi
- minuman susu formula yang tidak sesuai
- selsema
- antibiotik
- keracunan makanan
- kekurangan enzim(walaupun jarang berlaku)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anak anda serta pemeriksaan perlu dijalankan. Anda dinasihatkan untuk membawa anak ke hospital atau klinik untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang masalah ini lebih lebih lagi anak anda telah berak berdarah. Sila ke klinik atau hospital dengan segera.
Keterangan ini ialah jawapan am bagi gejala yang bayi anda hadapi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.