
Sulit
3 tahun
Bayi 9bulan jatuh di lantai semasa bermain
Hi docotor, anak saya 9bula tadi semasa bermain dia balkoni dia tergekincir jatuh di lantai bersimen. Jatuh terhentak kepala sebelah kiri. Dengar jatuh agak kuat,tapi tiada luka atau benjolan pada kepala anak. Buat masa sekarang tiada muntah . Anak active. Macam mana ya doctor. Saya sangat sangat lah risau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan kenyataan anda, kami memahami bahawa anda risau setelah episod anak anda berusia 9 bulan jatuh pada bahagian kirinya. Kini anda ingin tahu langkah yang patut anda ambil.
Untuk makluman anda, tanda-tanda bahaya pada bayi selepas jatuh adalah:
- Penafasan perlahan atau abnormal
- Pitam atau pengsan
- Luka atau cecair keluar dari hidung mahupun telinga
- Bengkak atau benjol
- Muntah-muntah
- Menangis tanpa henti
- Terlalu letih dan mengantuk
- Perubahan pada gaya makanan atau aktiviti harian
Setelah mengalami masalah seperti yang anda nyatakan, rehat yang secukupnya adalah penting bagi bayi. Anda juga boleh mengambil langkah berjaga-jaga supaya keadaan ini tidak berlaku pada masa akan datang.
Secara umumnya, kebanyakan episod jatuh atau kecederaan bayi adalah tidak berbahaya. Penjaga hanya perlu bertenang dan menilai situasi bayi jika memerlukan rawatan kecemasan.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.