
Sulit
5 tahun
Bayi batuk berterusan
Anak saya sudah mengalami batuk untuk beberapa hari. namun saya tidak pasti ubat apa yang sesuai diberikan kepadanya kerana dia masih 10bulan. apa yang patut saya lakukan untuk kurangkan batuk nya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah anak anda ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan virus Influenza (Lebih-lebih lagi pada masa kini musim virus berleluasa)
- jangkitan kuman
- batuk jenis croup
- bronkiolitis
Jika anak anda menghidapi selesema, demam, kurang aktif, kurang menyusu dan kurang membuang air kecil atau besar, anda harus mendapatkan rawatan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.