
Sulit
3 tahun
Bayi batuk betkahak dan asma
hello doktor…baby saya berusia 9 bulan…pada usia 6 bulan…baby saya warded disebabkan acute bronchitis…yg merungsingkan saya…bby saya sampai skrg batuk berkahak walaupun bukan kerap…dr pakar juga sarankan dia menggunakan ventolin 4 kali pulve sekiranya dia x selesa untuk bernafas…seretide evohaler jugak digunakan setiap hari pagi dan mlm…sekali palve

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, batuk berkahak pada bayi yang berusia 9 bulan boleh terjadi disebabkan oleh banyak hal, antaranya:
- Infeksi saluran pernafasan
- Jangkitan paru-paru
- Bronkiolitis
- Viral wheeze
- Jangkitan tibi
Memandangkan bayi anda masih terlalu kecil, sebaiknya diperhatikan dan dibawa rujuk ke doktor dengan segera kerana dikhuatiri kondisi dapat memburuk.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.