
Sulit
5 tahun
Bayi berak keluar ketulan darah kecil semasa minum susu formula
Saya mempunyai bayi pramatang kalu diikutkan dah masuk 2bulan…saya ada memberikan dia susu formula pramatang untuk menaiikan berat badan dia,namun setiap kali dia berak ada sedikit ketulan darah yg kecil…jadi saya berasa sedikit risau dan pelik.
Saya pun nak tya doktor susu apa yang sesuai untuk bayi pramatang bagi menaikkan berat badan dia

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan usus
- usus berputar
- Masalah darah seperti kurang bahan untuk membeku darah menyebabkan pendarahan
- Penyakit genetik Hirschprung
Bagi bayi pramatang, anda harus kerap memberi susu samada formula atau susu badan. Yang paling mustahak ialah kerap memberi susu. kejutkan bayi untuk memberi susu kurang dari 2 jam.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.