
Sulit
4 tahun
Bayi berak warna hijau
Hi Dr. Bayi saya berumur 3 bulan. Breastfeed dan susu formula kerana air susu tidak banyak. Bayi berak 2 hari sekali. Masalah sekarang bayi saya berak hijau gelap sejak kebelakangan ini. 2 minggu sebelum bayi saya masuk 3 bulan, saya telah mengamalkan pil shaklee utk tambah air susu dan pil tersebut juga berwarna hijau. Saya dapati setelah saya amal pil tersebut, warna bayi saya jadi macam tu. Air susu juga tidak banyak masih macam dulu. Soalan saya sekarang adakah bayi saya normal ke Dr kerana respon bayi masih ceria dan tidak meragam. Adakah saya perlu berhenti makan pil dan tukar susu formula?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami ke khuatiran pihak puan & suami. Kami juga mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak puan. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Obstetrician kami sedia membantu.
Jujurnya kami tidak boleh mengenal pasti apakah ada keterkaitan antara ubat yang diambil oleh puan dan juga perubahan warna berak si bayi. Namun, warna berak bayi boleh berpunca dari pelbagai jenis maslaah dan gangguan, antaranya adalah:
- gangguan saluran hempedu
- gangguan saluran pencernaan atau usus
- jangkitan kuman
- ubat-ubatan
- dan lain-lain
Bagi menyingkapi masalah air susu ynag kurang, saya sarankan puan jangan berhenti memberikan susu badan, kerana ini dapat mengelakkan dari payudara menjadi lebih malas untuk mengeluarkan susu badan. Selain itu, puan juga boleh mendapatkan suplemen yang mengandungi antaranya:
- Fenugreek
- Fenel
- Coleus Amboinicus
- Dan ekstrak kurma
Kami juga sarankan bahawa puan mendapatkan nasihat secara langsung oleh doktor yang bertauliah, agar suplemen yang diambil itu benar-benar dapat membantu dan bukan sebaliknya.
Kesihatan ibu dan bayi sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.