Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor bertauliah | |
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia | |
Privasi Terjamin | |
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak | |
Pantas Dan Cekap | |
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara |
Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni
Hari ni bayi saya berusia 17 hari…tapi hari ni badannya agak panas macam nk demam…apa perlu saya bt…boleh ke guna koolfever
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda harus membaca arahan di kotak koolfever sekiranya boleh digunakan bayi yang masih kecil. Namun, saya sarankan anda cuma mengelap badan bayi anda secara berkala untuk turunkan suhu badannya. Langkah paling penting sekarang ialah membawa anak anda ke doktor atau pakar kanak-kanak untuk pemeriksaan. Hal ini kerana anak anda masih sangat kecil dan pengesahan keadaannya harus segera dibuat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.