
Sulit
3 tahun
Bayi berusia sebulan
Saya baru melahirkan bayi perempuan berumur sebulan. Saya perasan di bahagian payudara anak saya sebelah kanan seperti ada ketulan. Tetapi bila saya tengok belah kiri normal hanya belah kanan saja ada ketulan. Boleh doctor terangkan ketulan apa dan adakah berbahaya? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anak anda. Antaranya adalah:
- Benjolan bukan kanser: kista, perubahan fibrokistik, fibroadenoma, mastitis
- Benjolan kanser: kanker payudara (sejauh ini usia termuda penderita kanker payudara adalah usia 8 tahun)
Untuk menentukan penyebab dari benjolan payudara, perlu dilakukan pemeriksaan fizik dan pemeriksaan lanjutan seperti USG, mamografi, MRI, atau biopsi. Jika anak anda mengalami benjolan pada payudara yang tidak hilang dalam waktu 2 minggu, semakin membesar, terasa nyeri, mengeras, mengeluarkan cairan, atau mengubah bentuk puting dan payudara, sebaiknya anda berkonsultasi dengan dokter pakar kanak-kanak untuk mendapatkan penanganan yang tepat.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk anak anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor