
moysayang00
3 tahun
Bayi Cirit Birit Berlendir Campur Darah
Anak perempuan saya berumur 1 tahun mengalami cirit birit berlendir campur darah. Hari ini sudah masuk hari ke 5-6 begitu. Saya sudah bawak dia ke klinik semalam, cirit dia berkurangan hari ini tetapi najis dia masih berlendir dan berdarah. Apakah punca dia mengalami cirit birit berlendir campur darah ? Dan apakah cara mengubatinya ? Adakah ianya normal ?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Pertama sekali, berdasarkan jalan cerita anda, kami tidak dapat merungkai punca sebenar perubahan dan kondisi yang dialami oleh bayi anda. Justeru lebih baik kita tidak melakukan sesuatu tindakan dan keputusan secara melulu sebelum mendapatkan bantuan secara langsung daripada doktor, lebih baik lagi dari doktor pakar kanak-kanak.
Namun, secara umumnya kondisi bayi boleh dikaitkan dengan:
- jangkitan kuman pada saluran pencernaan
- inflamasi/irirtasi/luka pada kawasan dubur
- alergi atau alahan makanan atau susu
- gangguan enzim tubuh (jarang)
- penyakit lain di saluran pencernaan
Anda sangat digalakkan untuk bertemu dengan doktor secepatnya. Di samping itu, anda harus memastikan bahawa bayi anda terhidrasi secukupnya (cukup minum air).
Namun sila segera berjumpa doktor sekiranya anak anda mengalami:
- loya berterusan
- mual atau muntah
- demam atau sering gelisah
- lemah badan atau menjadi semakin pasif
- kurang atau tidak mahu makan atau minum
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.